Assalamualaikum & hello semua Readers yang D sayangi. Hari ni..D akan sambung perkongsian D tentang Puteri Kesayangan Baginda, iaitu FATIMAH AZ-ZAHRA. Melalui penceritaan ini, mesti kita akan jadikan Beliau Idola sejati kita..in shaa Allah..
Episode 2:
Masih banyak lagi pelajaran yang diperolehi Siti Fatimah
dari penderitaan ayahandanya dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah.
Semuanya itu menjadi bekal hidup baginya untuk menghadapi masa mendatang yang
berat dan penuh ujian. Kehidupan yang serba berat dan keras di kemudian hari
memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental.
Tepat pada saat orang-orang Quraisy selesai mempersiapkan
komplot untuk membunuh Rasulullah SAW, Madinah telah siap menerima kedatangan
baginda. Nabi Muhammad meninggalkan kota Makkah secara diam-diam di tengah
kegelapan malam. Baginda bersamaAbu Bakar As Siddiq meninggalkan kampung
halaman, keluarga tercinta dan sanak saudara. Baginda berhijrah sepertimana
dahulu pernah juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Di antara orang-orang yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW
termasuk puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah r.a dan putera bapa saudara
baginda yang diasuh dengan kasih sayang sejak kecil, iaitu Sayyidina Ali r.a
yang selama ini menjadi pembantu yang paling dipercayai oleh baginda.
Sayyidina Ali r.a sengaja di tinggalkan oleh Nabi Muhammad
untuk melaksanakan tugas khas, iaitu berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi
mata orang-orang Quraisy yang bersedia hendak membunuh baginda. Sebelum
Sayyidina Ali r.a melaksanakan tugas tersebut, ia dipesan oleh Nabi Muhammad
SAW agar barang-barang amanah yang ada pada baginda dikembalikan kepada
pemiliknya masing-masing. Setelah itu bersama semua anggota keluarga,
Rasulullah SAW segera menyusul berhijrah.
Sayyidina Ali r.a membeli seekor unta untuk kenderaan bagi
wanita yang akan berangkat hijrah bersama-sama. Rombongan hijrah yang menyusul
perjalanan Rasulullah SAW terdiri dari keluarga Bani Hasyim dan dipimpin
sendiri oleh Sayyidina Ali r.a. Di dalam rombongan Sayyidina Ali r.a ini
termasuk Siti Fatimah r.a, Fatimah binti Asad bin Hasyim (ibu Sayyidina Ali
r.a), Fatimah binti Zubair bin Abdul Mutalib dan Fatimah binti Hamzah bin Abdul
Mutalib. Aiman dan Abu Waqid Al Laitsiy ikut bergabung dalam rombongan.
Rombongan Sayyidina Ali r.a berangkat dalam keadaan
terburu-buru. Perjalanan ini tidak dilakukan secara diam-diam. Abu Waqid
berjalan cepat-cepat menuntun unta yang ditunggang oleh kaum wanita, agar
jangan dikejar oleh orang-orang Quraisy. Mengetahui hal itu, Sayyidina Ali r.a
segera memperingatkan Abu Waqid, supaya berjalan perlahan-lahan, kerana semua
penumpangnya adalah wanita. Rombongan berjalan melalui padang pasir di bawah
sengatan terik matahari. Di Dhajnan, rombongan Sayyidina Ali r.a beristirehat
semalam. Ketika itu tiba pula Ummu Aiman (ibu Aiman). Ia menyusul anaknya yang
telah berangkat lebih dahulu bersama Sayyidina Ali r.a. Bersama Ummu Aiman
turut pula sejumlah orang muslimin yang berangkat hijrah. Waktu itu
masing-masing sungguh sangat rindu ingin segera bertemu dengan Rasulullah SAW.
Waktu itu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq sudah
tiba dekat kota Madinah. Untuk beberapa waktu, baginda tinggal di Quba. Baginda
menanti kedatangan rombongan Sayyidina Ali r.a. Rasulullah SAW memberitahu Abu
Bakar As Siddiq bahawa baginda tidak akan memasuki kota Madinah, sebelum putera
bapa saudaranya dan puterinya sendiri datang. Selama dalam perjalanan itu, Sayyidina Ali r.a tidak
berkenderaan sama sekali. Ia berjalan kaki menempuh jarak 450 km sehingga
kakinya pecah-pecah dan membengkak. Akhirnya tibalah semua anggota rombongan
dengan selamat di Quba. Betapa gembiranya Rasulullah SAW menyambut kedatangan
orang-orang yang disayanginya itu. Ketika Nabi Muhammad SAW melihat Sayyidina Ali r.a tidak
dapat berjalan kaki kerana kakinya membengkak, baginda merangkul dan memeluknya
sambil menangis kerana sangat terharu. Baginda kemudian meludah di atas tapak
tangan lalu diusapkan pada kaki Sayyidina Ali r.a. Dikatakan sejak itu
sehinggalah wafatnya, Sayyidina Ali r.a tidak pernah mengeluh kerana sakit
kaki. Peristiwa yang sangat mengharukan itu sangat memberi kesan
dalam hati Rasulullah SAW dan tidak dilupakan selama-lamanya. Berhubung dengan
peristiwa itu, turunlah wahyu Ilahi yang memberi penilaian tinggi kepada kaum
Muhajirin, seperti terdapat dalam surah Ali Imran ayat 195.
Ijab Kabul Pernikahan Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan
kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dengan pesat di
Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah
menjadi anak gadis remaja.
Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit
pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah
SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha
melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda
sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu. Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab
r.a dan Saad bin Muaz bersama-sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda.
Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah
SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a,
“Apakah engkau
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia
berangkat untuk menghubungi Sayyidina Ali r.a. Sewaktu Sayyidina Ali r.a melihat
datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gopoh, ia menyambutnya dengan
terperanjat kemudian bertanya,
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera
memperjelaskan persoalannya,
“Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan
dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau
adalah kerabat Rasulullah. SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan
lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu
semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan, bahawa persoalan puterinya
diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang
engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak
melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan
puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayyidina Ali
r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayyidina Ali r.a.
berkata,
“Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya
tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku
memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayyidina Ali yang
menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayyidina Ali
r.a, Abu Bakar berkata,
“Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi
Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan
belaka!”
Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya
mendorong keberanian Sayyidina Ali r.a. untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayyidina Ali r.a datang menghadap
Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah.
Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan
pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati
Ummu Salamah r.a. ia bertanya lagi,
“Ya, tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad
SAW.
Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di
kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayyidina
Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu:
“Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu,
sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang
datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia
masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW."
Ia
dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala,
seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya. Rasulullah
mendahului berkata,
“Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan.
Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan
kauperoleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali
bin Abi Thalib untuk berkata,
“Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu
ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Thalib dan
ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum
mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui
engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau
jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan
aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama
seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau,
Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan
diriku dengannya?”
Ummu Salamah meneruskan kisahnya, Ketika itu kulihat wajah
Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin
Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang,
“Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku
yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi,
sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan
Ali bin Abi Talib, Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a. Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati
gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata
ijab kabul pernikahan puterinya:
“Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku
supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju
besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya, Rasulullah, itu kuterima dengan baik, “ jawab Ali bin
Abi Tali r.a dalam pernikahan itu.
Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang
sangat dicintai oelh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat
yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayyidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan
keberkahan atas perkahwinan itu.
Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah
seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan
yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah,
namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan
dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Saidina Ali, kehidupannya tetap susah.
Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tapi baginda
tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan.
Sewaktu menjadi isteri Sayyidina Ali, Siti Fatimah
menguruskan sendiri keperluan rumahtangganya. Sayyidina Ali sering tiada kerana
keluar berjuang bersama Rasulullah SAW. Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut
air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari: rumahnya. Beliau mengisar
tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin,
beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti
Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang
terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia
ini telah ditanggung oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipologamikan.
Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.
Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahnda
kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga
kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk
baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan
ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya
pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya, Rasulullah SAW menyatakan
bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda.
Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima
bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.
Tamat.
Disinilah berakhirnya kisah pendek tentang puteri kesayangan Baginda. Kisah Rasulullah SAW amat menyentuh hati kita sebagai umatNya. Pilihlah jalan yang betul untuk dijadikan idola. D pun rasa macam tu jugak, perjuangan, sikap keperihatinan, ketulusan hati, peribadian, kesucian yang menjadi teras untuk kita ikuti..in shaa Allah....