Saturday, August 15, 2015

C.I.N.T.A : Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat sahabat D yang dikasihi.



Alhamdulillah..semalam iaitu bertarikh 14hb Ogos, sudah masuk 2 tahun 8 bulan D dan suami mendirikan rumah tangga yang penuh kebahagiaan ini..alhamdulillah...Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Dalam 2 tahun lebih ini, bermacam-macam kami harungi, namun Alhamdulillah..Allah SWT permudahkan. 

Walaupun hampir 3 tahun usia perkahwinan kami, Allah SWT masih menyayangi kami dengan menguji kami. Kerana Allah SWT masih belum memberikan kami zuriat. In shaa Allah, D dan suami percaya pada Allah SWT yang Allah SWT akan menganugerahkan kami zuriat satu hari nanti. 'Anak-anak' kami..masih bersama Allah SWT. Kami akan sentiasa berusaha. Walaupun hati D ni..teringin sgt untuk memegang dan memeluk baby D sendiri...D harus redha dan berdoa kepada Allah SWT. 

Selama 2 tahun 8 bulan ini, sudah banyak D menjawab soalan2 dari orang-orang yang begitu 'prihatin' bertanyakan D soal anak. Hanya yang dapat D jawab adalah..In shaa Allah...kerana D dan suami hanya mampu berusaha & berdoa...tapi yang menentukan itu bukanlah D atau suami tapi...Allah SWT. Kadang-kadang...pertanyaan2 inilah yang membawa tekanan buat D...padahal bila D dan suami berdua sahaja, tiada apa-apa tekanan dan memikirkan soal anak2 ini. Kami berserah pada Allah SWT dan percaya padaNya. Tapi bila soalan2 cepumas ini diutarakan pd D, itu yang membuatkan kami bersedih dan teringat yang kami seperti tidak sempurna sebagai lelaki dan wanita. Bukan kami yang menentukan wahai orang-orang diluar sana...tugas kami adalah berusaha...tp Allah Yang Maha Esa yang mengetahui segalanya. 

Tiap kali solat, D tidak pernah lupa utk mendoakan kebahagiaan rumah tangga D, dan walaupun kami tiada zuriat sebagai pengikat kasih cinta kami, kami bahagia...kami ceria...kami suka-suka..dan kami tidak ada masalah. Itulah tinggi nilainya doa utk kebahagiaan rumah tangga. Tapi semestinya..D tidak akan lupa utk mendoakan semoga Allah SWT kasihani kami dan murahkan rezeki zuriat pd kami. D sepatutnya sedikit bersyukur, kerana usia perkahwinan D baru 2 tahun lebih...tapi diluar sana...masih ramai juga yang sama menghadapi Ujian dari Allah SWT dan perkahwinan mereka jauh lebih lama dari D. Ada yang 6, 7 tahun dan ada yang 13 tahun...MasyaAllah...sungguh tabah mereka mengharungi ujian ini. D harap...D tabah hadapi ujian ini...namun, D sentiasa berdoa...Allah SWT mempercepatkan kami peroleh zuriat kerana D tidak sanggup utk hadapi bertahun-tahun seperti mereka...kerna D tahu..D tidak mungkin setabah itu.....

I'm not a perfect woman...i'm feel lonely when i am alone...because i am a full-time housewife while husband go to work. If D has children...it will be so great...In shaa Allah...Allah SWT Maha Penyayang....Bersabarlah wahai sahabat-sahabat yang senasib dengan D....we will be great mum one day....kebahagiaan rumah tangga adalah milik kita jika kita sentiasa berdoa dan rumah tangga kita penuh dengan keredhaan Allah SWT...berdoalah padaNya....C.I.N.T.A....akan sentiasa ada dalam diri...percaya..dan setialah padanya...walaupun cinta itu kadang2 menyakitkan...tapi percayalah..disebalik kesakitan itu akan sentiasa ada kemanisan...senyumlah..dan hadapi rumah tangga dengan tenang...it will be hurt someday..but the hurt will be cure with beautiful moments together.... =)

Love you all......